img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }
Insyirah

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita

Tidak gemar perbalahan.. ..
Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam
.....
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri

Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari



Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat....celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat..... di kerusi malas longlai terlentang Isteri dikatakan lemah.....bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah.....bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak

Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak

Berehat...., menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa

Memandikan anak, melipat pakaian
Dan membasuh baju


Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji

Sedang suami tersandar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .

Dipetik dari mesej seorang sahabat..
Labels: edit post
0 Responses