img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }
Insyirah
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..

Doa ini kutujukan buat sahabat2 ku....x kira di mana jua kalian berada.... moga ukhwah yg telah kita bina ini, akan kekal selamanya....

Mohon ampun dipinta sekiranya saya tidak dapat menjadi shabat yang baik buat kalian semua... sesungguhnya, sebagai hamba tuhan juga sebagai manusia biasa, kita x pernah lari daripada kesilapan....samada sengaja atau tidak....


0 Responses