img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }
Insyirah

Hawa, Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,andai engkau masih ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah. .

Hawa, Andai engkau belum berkahwin,jangan kau risau jodohmu,ingatlah Hawa, janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirlah senyuman,maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. .

Hawa, Lelaki yang baik tidak melihat rupa paras,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksian,lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya,kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki..Tetapi lelaki yang baik menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya,dan yang penting pegangan agamanya. . Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrim kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. .Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta,kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita,iaitu sebuah perkahwinan. .

Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu,awasilah auratmu,peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. .Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu,cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik-beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu. .

Hawa, Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperoleh cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia dari cinta keluarga. . Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia menggoncang iman lelaki..

Sekian untuk tatapan semua. .



Labels: 0 comments | edit post
Insyirah

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah dan lembut.....besar perbezaannya
Namun ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita

Tidak gemar perbalahan.. ..
Kecuali jika terpaksa

Lalu wanita pun diam
.....
Diam seolah-olah menerima...

Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan

Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja

Di pejabat sebagai kerani...di rumah sebagai suri

Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari



Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat....celik mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat..... di kerusi malas longlai terlentang Isteri dikatakan lemah.....bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah.....bersantai di hadapan TV tidak bergerak

Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak

Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak

Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak

Berehat...., menonton TV sambil tergelak

Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa

Memandikan anak, melipat pakaian
Dan membasuh baju


Kakitangan semua digerakkan dengan laju Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud...
Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji

Sedang suami tersandar semula seperti tadi

Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji

Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan

Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit

Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adab tradisi
Hukum agama telah terpapar Wanita yang sering dianggap lemah Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... .

Dipetik dari mesej seorang sahabat..
Labels: 0 comments | edit post
Insyirah
Coretan ini di petik dari salah seorang sahabat sy.... Juz ingin berkongsi dgn anda semua...


* Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya....

* Lelaki sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.....

* Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada sesama manusia ...

* Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

* Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

* Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

* Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...

* Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah barbel yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...

* Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca...

Insyirah
"kak yang..nanti jangan lupe beli rotan kt lembah..mak nak 2 tau.." mcm tu la pesan mak aku dlm telefon time on da way antar adik aku balik asrama..Maahad Idrisiah kt Kuala Kangsar tempoh ari..

Duk ralit beli barang tuk adik aku yg sorg nih...trus je antar die balik asrama..trlupe lak nk singgah beli rotan..haila..msti membebel mak nnti..

tp nasib bek la mak x marah...aha..duk tnyer la mak nih..nape nk sgt rotan tuh mcm kempunan x dpt mkn telur tembakul jer...rupa2 nye mak nk gne tuk budak tuisyen kt umah yg x hafal sifir.. hehe..mcm tu ke citer nyer...aha..time cuti2 nih aku amik alih jap ngajar tuisyen..pmbntu la kirenyer..

duk ckp pasal x hafal sifir..aku ingat time aku kecik2 dulu..

aku cukup x mint dgn math even mak aku guru math..time tu la...then..memg dh jd tabiat kot budk2 mals nk mghafal sifir..aha..sb x mint..memg la x nk hafal...aku ingat lg tuk kelas 3 mawar tuh..cikgu arniza...cikgu praktikal yg duk ngaja kitorg....lemah lembut..baik je org nyer... tp budak2 yg pemalas trmasuk aku nih..x ske mghafal sifir...slalu kne denda...'berdiri ats kerusi'..hehe..

mak aku dpt tau la pulak..adess...lpas tuh..kt umah memg la slalu kene....x kire la time basuh kain ke...mkn ke..lipat kain ke..pe2 je la...kdg2 tgh main pun kene gak... tnyer sifir scra spontan...x dpt jwb memg merah la pipi aku...huhu..x pun kne cili mulut..aduss....
tp tula..kalo bukn krana mak...msti aku x dpt hafal sifir....msti aku x lulus upsr...apetah lg pmr n spm...tp yg best nyer...dr skolah rendah smpai la skolah mnengh...math aku asyik B je..ahaha.. x mint konsisiten btul bg budk yg x minat math cm aku...aha

skang bile ajar dak tusyen..aku lak yg duk apply cre mak aku tuh time tnyer sifir kt diorg...tp x de la kejam sgt smpai nk tmpar ank org..takat pukul kt tapak tgn je...aha..u got what u deserve....hehe..
Insyirah
pagi td..sebelum mak balik kampung...mak da bg aku satu doa nih...mak suh amalkan..




YA ALLAH, BERILAH REZEKI KEPADAKU DARI KURNIAMU YANG MELIMPAH, HALAL DAN BAIK JUGA MENJADI BEKAL UNTUK DUNIA DAN AKHIRAT. BERILAH REZEKI YANG MELIMPAH RUAH, NYAMAN DAN SEDAP, TANPA HARUS KEPAYAHAN DAN MENYAKITKAN SEORANG PUN DI ANTARA MAKHLUKMU. HANYA REZEKI MELIMPAH DARI KURNIAMU YANG KUPINTA. ENGKAU SENDIRI BERFIRMAN: “MOHONLAH KALIAN KEPADA ALLAH SEBAHAGIAN KURNIANYA”, DAN KINI DARI KURNIAMU ITU AKU MEMOHON, DARI PEMBERIANMU AKU MEMOHON, DARI TANGANMU YANG PENUH AKU MEMOHON.

YA ALLAH, CUKUPKANLAH AKU DENGAN REZEKIMU YANG HALAL SEHINGGA AKU TAK PERLU REZEKIMU YANG HARAM, DAN CUKUPKAN AKU DENGAN KURNIAMU SEHINGGA AKU TAK PERLU LAGI PADA SELAINMU.

AKU SERAHKAN SEPENUHNYA KEPADA YANG MAHA HIDUP, YANG TIDAK AKAN PERNAH MATI. SEGALA PUJI BG ALLAH YANG TIDAK MEMBUAT TEMAN ATAUPUN ANAK, TIDAK PULA PUNYA SEKUTU DI DALAM KERAJAANNYA, TIDAK PUNYA PEMBANTU KERANA LEMAH, DAN AGUNGKANLAH DIA SEAGUNG-AGUNGNYA. YA ALLAH AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARI KESULITAN YANG MENGHIMPIT DAN KEFAKIRAN, DARI TERLILIT HUTANG DAN PENYAKIT. AKU MEMOHON AGAR ENGKAU MEMBANTUKU MENUNAIKAN HAKMU KEPADAMU DAN HAK MANUSIA.

Insyirah



tutt..tutt..pagi2 je dh kaco org la msg nih...
huhu...hmm..dr celcom rupenyer...

'Hari Komunikasi..Nikmatilah perkhidmatan kami.. (pe tah lg..x egt dh..)

aha..hari komunikasi la ktekn...leh la msg byk2...
haha..tp tula...name jer hari komunikasi...tp line slalu problem la..even my broadband or coverage telefon...enset nih..dh byk kali aku off/on..tp mcm tu jugak..nk send msg still failed la...
haila...tension den...msg yg aku anto mlm td..br smpai tghari td??? ni kes truk nih.. emergency sesangat dh nih..leh masuk ICU tuh..huhu..melampau tahap hiperbola la ayt aku nih...

kejap leh send..kejap x leh...nk buat lagu mana dh nih...cer habaq mai kt chek...

last2 aku mls nk lyan dh..lntak pi la...lpas mghrib konon nk la anta msg kt sepupu aku..huhu..
tp x lepas jgk...
dkt kul 9 lebih..berderet2 msg yg masuk....huhu..byk giler....aku pun giler + pening + skit jari = nk mmbals sume msg2 tuh..kdt pun dh hmpir kering..hehe..nsib kau la labu..hehehe

Insyirah
LILIN SEORANG GURU

Album : Impian Kasih
Munsyid : In-Team

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo… aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini

Lagu & Lirik : Cikgu Khairul, Mie.. inteam & Munif Ahmad (Hijjaz)Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd.


Insyirah



16 mei....

tarikh keramat bg insan bernama GURU/CIKGU
hmm..teringat time aku skolah2 dlu...time nih la berebut2 nk tarik perhatian cikgu2 yg mngajar kitorg....berebut nk bg hadiah kt guru kesayangan diorg...hehe..bile duk egt..lawak jgk... yg slalu jd rebutan, cikgu2 praktikal la..sb cikgu praktikal nih...baik2 je..aha..br2 mengajar..memg la tunjuk baik...cube kalo dh lme..naik la tanduk..aha..x bek ngutuk lak...hehehe...

Nih nk citer time aku praktikal dulu...aha..cikgu tadika la...mle2 pikr x la sush sgt...tp ya Allah..
paling mncabar n menguji tahap kesabaran aku...huhu...bersabar punyer pasal..bajet x nk la mrh budk2 yg comey2 nih kn..alih2 aku lak yg kne buli...huhu...aha..mcm yg aku ckp la..cikgu2 baru nih..mle1 ngajar je tunjuk baik..termasuk aku la tuh...hehe..last2 naik tanduk jgk sb x thn kene buli n nk kena jerit slalu...abis la pecah suare aku yg sedap nih.ahaha..perasan tul la...

tp tu la..bile aku sndri yg alami pengalaman cmnih..duk teringat time aku dlu2..mcm nih rupenyer pengorbanan seorg guru..huhu..letih wooo...tp bila dtg skolah tgk mke2 comey nih... semangt lak nk ngajar...tiap2 mke diorg nih..terpancar cahaya yg trsangat suci...kite sbg guru la yg kene mencorak diorg nih....supaya mnjdi insan yg berguna...dmi bangsa dan agama..

so..dikesempatan nih...sy nk ucapkan SELAMAT HARI GURU bt mak sye yg tersyang..yg byk mengajar sye erti kehidupan di dunia nih..guru2 sekolah rendah..c. harison..teacher lily,c.adib, c. zalizan, c. rasiah.. c. salahiah... etc.. guru2 sekolah menengah..arwah c. khairuddin,.c.rizal, tcher mazlina..,c.alina..n etc..lecturer2 yg mengajar di kolej islam antarabangsa..n universiti islam antarabangsa...LOVE ALL OF U..tanpa mu guru..tidak kan ku jejakkn kaki di menara gading ini....jasamu guru..ku kenang selamanya...