img.emoticon { padding: 0; margin: 0; border: 0; }
Insyirah
Kelas pg nih...dimulakan dengan kelas political science...huhu
dh dpt member group...
assemen je x dpt lg..hehe.

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

cm bese la...blaja pasal politik nih...
ngantuk la..huhu...
x pe la...redha je la

second kelas kul 11..
intro to fiqh...
duk blaja pasal hukum2 dlm islam....
kdg2 cm mals jer nk dgr..
sb bnde tuh memg dh blaja start dr skolah rendah lg...
tp kene jugak dgr,...sb manusia nih kn mudah lupe....
so..kdg2 pkara asas mcm nih pun leh tersilap n keliru...
btul x??

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

ustaz nih duk citer2 la...
best jugak tgk cre die crite
hehe...then tbe2 die masuk part nih...
"saya cukup pelik bile tengok student2 sume berlumba2 g beli belah time azan bkumandang"
blogger-emoticon.blogspot.com
kitorang pun cm pelik....
"nape pulak ustaz?..haram ke kalo membeli time org azan?"
"Yup..haram.."ckp ustaz...
asal rse cm x pnh dgr jer....rse nyer x de pulak ustazah or ustaz aku ckp dulu...???
musykil tul la..
blogger-emoticon.blogspot.com
duk tanyer lg nih....
"dh tuh ustaz. kalo kitorg duk tgh beli makn time tuh????"
"even tgh mkn pun kne berhenti"..
ish...ustaz nih....mcm pelik je bunyik nyer....

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

"haram pd hari jumaat....untuk lelaki shaja...."
loooooooorrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....
ustaz nih...bt suspen jer....
yela...dh azan..msti la kne cept2 g masjid kn....org laki je la..


blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

but...doesn't mean org pompuan leh suke suki je nk g memane...
solat kn elok di awal waktu...
hehe...
Insyirah
Sekadar renungan dan ingatan bersama

Antara Pegang Awek & Pegang Anjing

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU: eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu .

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko me man g power la.... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya" . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)
Insyirah

Artikel Dari : www.syok.org

Tidak semua perkara yang benar itu logik

Kisah 1: Seorang kafir (OK) berkata pada orang mukmin (OM) yang sedang berwudhuk:

OK : "Kenapa kamu wudhuk?
OM : "Aku tadi batal wudhuk sebab terkentut"
OK : " Aku heran, kamu kentut di belakang tapi kenapa kamu cuci muka, tangan, kepala dan kaki kamu? Kenapa kamu tidak cuci tempat yang keluar kentut?
OM : "Ini arahan Tuhanku, aku taat saja"
OK : "Jelas sekali agama kamu ini tidak benar. Arahannya tidak logik sama sekali"
OM : "Kebenaran itu tidak semestinya logik"
OK : " Apa buktinya?
OM : Jom ikut aku

OM membawa OK ke sebuah pintu. Lalu OM memegang tangan OK, kemudian menyepit tangan OM dengan pintu itu. OK menjerit kesakitan.

OK: Aduh tangan aku sakit...tolong lepaskan tangan aku!
OM: Baiklah...inilah jawabanku: tangan kamu yang sakit, tapi kenapa mulut kamu yang menjerit.

OM pun meninggalkan OK yang bodoh sombong itu dalam kesakitan... .

Tidak semua perkara yang logik itu benar

Kisah2: Seorang kafir (OK) berkata kepada orang mukmin (OM)

OK: Tuhan kamu sungguh tidak adil
OM: Kenapa?
OK: Tuhan kamu menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja.
OM: Kenapa begitu?
OK: Yalah...manusia dicipta dari tanah, kalau dibakar dengan api hangus, sakitlah. Tapi syaitan dicipta dari api, kalau dibakar dengan api relaks lah....tdk terasa apa-apa....
OM: Tidak begitu. Tuhan aku kata, mereka semua akan tersiksa...
OK: Ah...tdk mungkin. Logiknya manusia saja yg tersiksa, syaitan tidak

OM diam sebentar, lalu dia meninggalkan OK.
Beberapa waktu kemudian OM datang lagi dengan membawa sebongkah tanah keras dan melemparnya tepat ke dahi OK. Dahi OK luka berlumuran darah. Kemudian dia membawa OM menghadap seorang hakim. Setelah mendengar cerita dari kedua belah pihak ttg kejadian itu, maka hakim bertanya pada OM

Hakim: mengapa kamu lempar OK begitu?
OM : Maaf Tuan Hakim, OK mengatakan bahwa Tuhan tidak adil kerana menghukum manusia dan syaitan yang jahat di dalam neraka yang terbuat dari api. Tentu saja manusia tersiksa tapi syaitan enak saja sbb syaitan dicipta dari api. Logiknya memang begitu, tapi itu tidak benar. TIDAK SEMUA YANG LOGIK ITU BENAR Sebagai buktinya saya lempar dia dengan tanah. Logiknya OK, manusia yg dicipta dari tanah kalau dilempar dengan tanah tidak sakit, bukan? Tapi buktinya OK luka dan sakit. Saya tidak bermaksud menyakitinya, saya hanya mau menjawab pertanyaannya.


Renungan kepada para pengagum Albert Einstein, Bill Gates, para saintis, filosof dan yang sejenis dengannya

Kalau begitu, siapakah sebenarnya manusia yang paling cerdik? Einstein, dll yang kafir atau orang mukmin (walaupun dia hanya tukang kebun)?



Insyirah

Artikel ini diperolehi dari : www.syok.org

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kepada isterinya: "Sayang, abang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. "Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia ".

Isterinya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya?, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat. Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan bahawa airmata isterinya mulai mengalir "Maaf, apakah abang harus berhenti ?" tanyanya. "Oh tidak, teruskan." jawab isterinya.

Lalu si suami melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran sayang pula membacakan senaraimu".

Dengan suara perlahan isterinya berkata, "Sayang tidak mencatat sesuatupun di atas kertas sayang. Sayang berfikir bahawa abang sudah sempurna, dan sayang tidak ingin mengubah akan diri abang. Abang adalah diri abang sendiri. Abang kacak dan baik di sisi sayang. Tiada satupun daripada peribadi abang yang sayang dapati kurang ".

Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya bahawa isterinya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis.

P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain? Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki.


Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita.

Insyirah
Cuba renungkan pesanan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya
ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut

kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2
bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa ' segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. '

Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan!

Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil...

Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik...
Beliau berkata... ' bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan

Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu...' dan kata beliau lagi... ' walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik...'

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... ' Menurut kamus dewan...indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.. '

Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara...

Tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan

Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa mana2 undang2 akan terbatal dan tidak
boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. ..

Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1.Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.
2.Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3.Mereka yang berdiam diri.
4.MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM HUDUD ITU
ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku

p/s:
Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu
adalah :

1) AL-IMAN
2) AL-WASAYA
3 ) AL-TAJASU
4) DANAL-MUSLIMOON

Insyirah

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda,


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"
Insyirah

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan
bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat
malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak
dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

* Kalau rajin .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara
Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati

Insyirah
blogger-emoticon.blogspot.com
agak lme x mencoretkan sesuatu kt blog nih...
bz sket....dh msuk kampus balik....hmm..mcm2 bnde nk kne bt...
1st day jer...tgk org sume dh kalut....bukan kalut pe...kalut duk tukar subjek..add subjek...
duk tgk2 lecturer best or x....

hmm....nape yer msti pilih lecturer??? alasan sb kalo lecturer nih..kedekut markah...kalo lecturer yg itu....senang sikit nak dpt markah...ish3.... nk blaja pun duk berkira ker???
yg penting hati.....hati ikhlas nk blaja..insyaAllah..sumenyer di permudahkan.... Kalo niat juz nk dpt markah tinggi2...kot senang nk crik keje kt luar...tp kalo ilmu yg dapat tuh x diamalkan... x ke rugi jer blaja lelame tp x tau pbende la yg korang blaja..aish....

Aku? hehe..Alhamdulillah...sem nih lecturer sume ok2 jer.... sem nih amik 6 subjek...

1) Intro. to political Science -Miss Norhaslinda
2) Intro. to Sociology - Bro.Khairil Azhar
3) Intro to Fiqh - Dr. Miszairi Sitiris
4) Bahasa Melayu Lanjutan - Mdm Rosliemna
5) Arabic Language (3) - Dr. Ibrahim
6) Revelation as a source of Knowledge - Dr. Ismail

blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com
sume best2.... alhamdulillah...rezeki aku la tuh....tp sem nih..kne struggle la..
blogger-emoticon.blogspot.com
huhu...sb xtiviti kokurikulum pun x kurang menyibukkan diri dlm hidup aku nih... sendiri cari pasal..sape suruh.. ahaks...x pe...bile lg nk merase sume tuh...

ok...semoga berjaya fatin !
aja- aja fighty !!!
chaiyok!!!!
Ganbatte!!!
Gudluck!! Do ur best...

blogger-emoticon.blogspot.com
Insyirah
Adikku....
Menyusup rasa rindu dendangan sayang..
Secebis pesanan daku ukirkan..
Buat tatapan dan pedoman..
Andai mentari masih sudi menerangi bumi..

Naim..
Sesungguhnya kembaramu masih panjang..
Tekadkan azam tambahkan bekalan..
Demi masa depanmu..
Emas permata tidak akan bersinar sendiri..
Walau dibawah terik mentari..
Andainya kau berdiri sepi...
Menjadi sang pemimpin berulit ilusi...

Naim adikku...
Senyum tawamu mendamba jiwa...
Penawar duka dan sepi dikala sunyi...
Ayuh...bangkitlah....
Ke medan pengetahuan...
dan teruskan perjuangan...
usah biarkan...
dirimu dihanyut arus kemodenan...
Lalu di telan zaman....

Ketahuilah bahawa...


KAK YANGNAIM


p/s: Selamat Hari Lahir yg ke -15.... blogger-emoticon.blogspot.com
Gud Luck PMR 2009...Do ur best..k..blogger-emoticon.blogspot.com
Insyirah
ari nih duk tgh2 sedap on9..tetibe jer letrik takde..
huhu...
blogger-emoticon.blogspot.com

x pe la...layan la adik ku yg kecik nih jap
duk protes sebab x leh nk on tv...
kalo x tuh...asyik ngadap tv jer keje die..

ajak die kuar jenjalan kt bwh pokok manggis kt tepi umah..
hehe..
duk tgh2 syok tu kan...
adik aku bgtau ada org isap pokok..

blogger-emoticon.blogspot.com
isap pokok?
musykil btul aku di buatnyer..
aku pun dgn kebingungannyer..
pergilah kt tmpat yg die tunjuk tuh
lorrr...
nih bukan pokok
ni rokok
blogger-emoticon.blogspot.com
hahaha......
ish3 budak nih..btuah btul la...

blogger-emoticon.blogspot.com

tp aku duk pikir2 gak...
rokok nih pun memg dr tembakau kan
tembakau tuh kn pokok jugak...
nih duk tgh pikir lg nih...

blogger-emoticon.blogspot.com

pikir pe??? tah la....
lu pikir la sendiri !!!!
sebab aku pun x tau pe yang aku pikir...

tu je bende yang aku nk sampaikan..
merapu jap
sb otak aku pun dh black out mcm letrik kt umah aku nih
huhu.....

Insyirah

Sesungguhnya hari ini kejayaan seluruh manusia bukan pada harta, pangkat darjat dan lain2. Allah swt telah meletakkan kejayaan seluruh manusia hanya dalam mentaati perintah dan meninggalkan segala laranganNya.

Hari ini semua manusia bertindak mengikut keyakinannya. Sekiranya pada hari ini kita yakin dengan harta beri kejayaan, maka kita akan bertungkus lumus untuk mencari harta siang dan malam. Begitu juga sekiranya kita yakin dengan pangkat darjat akan memberi kejayaan, maka kita akan usaha untuk pekara tersebut.

Sesungguhnya kejayaan yang hakiki hanyalah terletak dalam agama. Sejauh mana kita dapat mentaati semua perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya maka itulah kejayaan. Pekara ini telah dibuktikan oleh Sahabat Nabi saw yang mana ketika di dunia lagi Allah swt telah menjamin kejayaan dan keselamatan kepada mereka. Ketika di dunia lagi mereka telah mendapat jaminan syurga yang kekal selama-lamanya.

Untuk mencapai kejayaan kita mesti mengikuti orang-orang yang sudah berjaya. Contohnya jika kita ingin dapat kejayaan dalam bidang kedoktoran maka kita akan ikut contoh doktor2 yang telah berjaya. Begitu juga dalam pekara agama untuk kita dapat kejayaan kita kena ikut orang2 yang telah berjaya.

Siapakah orang yang telah berjaya ? Mereka adalah Sahabat2 Nabi saw yang ketika di dunia lagi telah mendapat keredhoan Allah swt. Apakah ciri2 yang telah membuatkan Allah swt redho kepada mereka ? Dalam diri atau kehidupan Sahabat Nabi saw ada 6 sifat2 unggul yang mana sekiranya kita dapat amalkan dalam kehidupan kita insyaAllah mudah untuk kita amalkan keseluruhan agama.

1. Yakin yang sempurna pada Allah dan Rasul ( Kalimah Syahadah )

  • maksudnya : Yakin sesungguhnya selain daripada Allah swt adalah makhluk yang tak memberi manafa’at dan mudharat, selain daripada Allah tak dapat memberi rezeki, selain daripada Allah swt tak dapat memelihara dan mengatur keadaan. Yakin apa sahaja yang berlaku dan akan berlaku hanya dengan izin dan kehendak Allah swt.
  • Hadis Nabi saw : ” Barangsiapa yang dapat mengucapkan kalimah La ilaha Illallah diakhir kalam maka wajib syurga baginya”.
  • Dengan iman yang sebesar zarrah, Allah swt akan kurniakan syurga yang besarnya 10x ganda dunia.
  • Untuk usaha atas iman yakin ni kita kena usaha cakap hari2 tentang kebesaran Allah dengan keluarga, anak2, kawan2, jiran2 kita dan semua orang. Kita kena sentiasa fikir tentang kehebatan dan kebesaran Allah swt. Kita juga kena dengar tentang pekara2 yang menceritakan kebesaran Allah swt dan akhir sekali kita kena tengok tentang kejadian dan ciptaan Allah swt. Kita juga kena doa pada Allah swt agar memasukkan keyakinan yang sempurna dalam hati kita.
  • Yakin hanya dengan mengikuti sunnah Nabi saw akan memberi kita kejayaan manakala selain dari sunnah Nabi saw akan memberi kegagalan.
  • Hadis Nabi saw : ” Barangsiapa yang menghidupkan sunnahKu di zaman kerosakan ummat ( fahsa dan munkar ), maka baginya ganjaran 100 pahala mati syahid “.
  • Untuk usaha atasa yakin ni kita kena amalkan semua sunnah Nabi saw yang zahir dan batin. Fikir Nabi saw bagaimana semua manusia dapat selamat dari azab Allah swt dan masuk ke dalam syurga Allah swt. Kita kena ada fikir yang sama seperti Nabi saw. Kita kena doa pada Allah semoga Allah swt memasukkan hakikat sunnah dalam kehidupan kita.

2. Solat khusyuk dan Khudu’

  • Maksudnya : Bagaimana hari ini kita kena usaha supaya segala perbuatan kita dalam solat dapat kita bawa keluar solat. Contohnya dalam solat kita dapat mengingati Allah, tutup aurat, menundukkan pandangan dan sebagainya begitulah juga kita kena amal di luar solat. Bagaimana hari ni dengan perantaraan solat dapat selesaikan segala masalah dunia dan akhirat kita sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi saw dan sahabat2Nya.
  • Hadis Nabi saw : ” Barangsiapa yang solat selama 40 hari kerana Allah swt tanpa ketinggalan takbiratul ula ( berjemaah ) bersama imam, maka Allah swt akan bagi dua kelepasan, kelepasan dari azab neraka dan kelepasan dari sifat munafik.
  • Cara untuk mendapatkan solat khusyuk dan khudu’ : – kena solat seperti Nabi saw iaitu solat berjemaah di mana azan di kumandangkan. Perbanyakkan solat2 sunat. Latih diri supaya mendirikan solat 2 rakaat apabila ditimpa ujian atau berhajat sesuatu pekara. Doa pada Allah semoga dikurniakan solat khusyuk dan khudu’

3. Ilmu dan zikir

  • Ilmu maksudnya mengetahui setiap perintah Allah swt setiap masa dan keadaan mengikut cara Nabi saw.
  • Hadis Nabi saw : ” Barangsiapa yang berpindah untuk mempelajari suatu ilmu iaitu ilmu syar’ie, nescaya diampunkan dosanya sebelum ia melangkah berangkat daripada tempatnya.
  • Ilmu terbahagi kepada 2 bahagian yang besar, Ilmu masail yang mana perlu rujuk kepada para guru2 yang murshid tentang pekara yang membabitkan hukum ahkam, fiqh dan sebagainya. Keduanya pula Ilmu Fadhail yang mana akan menguatkan keyakinan kita pada janji2 Allah dan rasul. Ilmu fadhail kita akan dapat melalui mendengar hadis2 Nabi saw tentang kelebihan2 amal. Ada banyak kitab2 yang menceritakan tentang kelebihan2 amal iaitu Kitab Fadhail Amal, Kitab Riyadhusolihin dan macam2 lagi. Sangat penting untuk diwujudkan di rumah2 dan masjid2 kita, supaya timbul ghairah untuk kita beramal.
  • Zikir maksudnya, mengingati Allah swt setiap masa dan keadaan.
  • Hadis Nabi saw : ” Sebaik-baik darjat hamba yang beribadat di sisi Allah swt pada hari kiamat nanti ialah orang2 yang banyak berzikir kepada Allah swt iaitu lelaki dan wanita.”
  • Untuk dapat hakikat zikir, kita kena banyakkan doa2 masnun iaitu doa harian ( doa makan, tidur dan sebagainya ) supaya hati sentiasa mengingati Allah pada setiap masa. Latih diri supaya dapat luangkan masa untuk memuji Allah swt semata-mata, terutama pada waktu pagi (lepas Subuh ) dan petang ( selepas Asar ) boleh la amalkan tasbihat 100x, selawat 100x dan istighfar 100x dan apa-apa zikir setiap pagi dan petang.
  • Kita kena doa pada Allah semoga Allah swt beri hakikat ilmu dan zikir pada kita.

4. Ikramul Muslimin

  • Maksudnya, menunaikan hak tanpa meminta balasan.
  • Hadis Nabi saw : ” Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya dia tidak kasih pada saudaranya ( org islam ) sepertimana dia kasih pada dirinya sendiri.”
  • Untuk dapat perkara ni kita kena sentiasa memuliakan orang2 Alim, hormat kepada orang yang lebih tua dari kita dan mengasihi orang yang lebih muda dari kita khasnya kanak2.
  • Ikram yang paling rendah jangan menyusahkan orang lain dan sentiasa pandang kebaikan.

5. Ikhlas Niat

  • Maksudnya, buat sesuatu perkara dan tinggalkan sesuatu perkara semata-mata kerana Allah swt.
  • Hadis Nabi saw : ” Berbahagialah orang2 yang ikhlas. Mereka adalah pelita di dalam gelap dan kerana mereka terpadam fitnah-fitnah yang besar.”
  • Untuk dapat perkara ikhlas ni kita kena buat amal dengan istiqomah walaupun sedikit. Sentiasa perbetulkan niat kita sebelum dan selepas kita melakukan sesuatu. Mohon ampun pada Allah sekiranya niat kita salah. Doa pada Allah swt semoga Allah swt bagi sifat keikhlasan dalam diri kita.

6. Dakwah dan tabligh

  • Maksudnya, hendaklah meyakini harta, diri dan masa hanyalah milik Allah swt.
  • Firman Allah swt : ” Sesungguhnya Allah swt telah beli harta dan diri orang mukmin dengan syurga…..
  • Hadis Nabi saw : ” Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah swt, lebih baik dari dunia dan segala isinya.
  • Untuk usaha atas perkara ni kita kena luangkan masa kita untuk keluar di jalan Allah swt 4 Bulan, 40 hari dan 3 hari setiap bulan demi untuk pelihara iman dan agama kita..

Marilah kita sama-sama usaha untuk memasukkan 6 perkara dalam diri kita. Sesungguhnya agama tidak tersebar melalui tulisan, ceramah yang hebat2 dan sebagainya. Agama telah tersebar melalui pengorbanan harta bahkan nyawa orang-orang yang terdahulu. Melalui pengorbanan inilah akan datang kecintaan untuk amalkan agama dalam kehidupan kita. Hari ni kita tanya apakah pengorbanan yang telah kita buat untuk agama. Kalau setakat kita tulis kat blog2 ni tak da apa la.. tak letih pun..peluh pun tak keluar..Hari ni kita kena bangun untuk buat pengorbanan seperti Sahabat2 yang mana mereka telah bertebaran seluruh alam untuk sebarkan agama. Sekiranya tak mampu seperti mereka sekurang-kurangnya kita buat usaha di tempat kita dengan jumpa rumah ke rumah, lorong ke lorong ingat mengingati antara satu sama lain dan hanya dengan perantaraan kita buat usaha Allah swt akan mencampakkan kemanisan dalam beragama… Allahu AKBAR!!!!! Allahu AKBAR!!!!! Allahu AKBAR!!!!!……….


p/s: actually mintak kebenaran dh nk cilok artikel nih dr tuan blog yg sbnr..tp die x bg... die suh copy jer...tp sye nk coklat malt...hahaha..sje je merepek jap...pe2 pun thanx coz sudi mengongsikan (btul ke???) ilmu nih same2...blogger-emoticon.blogspot.com